SEBAUH: Sejarah hari ini tercipta apabila buat julung kalinya aplikasi Sarawak Pay dilanjutkan sehingga ke kawasan luar bandar.

Pemimpin nombor satu Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sebauh merupakan kawasan luar bandar pertama di Sarawak pertama yang menggunakan aplikasi Sarawak Pay melalui kemudahan teknologi kewangan iaitu Sarawak PAY-BSN Fintech.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Sarawak PAY-BSN Fintech Reaching Rural di Sebauh, Bintulu hari ini.

Sememangnya menjadi visi Ketua Menteri untuk membawa kemudahan Sarawak Pay ini sehingga ke kawasan pedalaman yang mempunyai akses bank yang terhad.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa kerjasama antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan Sarawak Multimedia Authority (SMA) hari ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kawasan luar bandar bahkan terus menaiktaraf infrastruktur digital di kawasan luar bandar seperti mana di bandar.

Source: sarawakvoice.com