Sarawak Pay telah menjadi aplikasi e-wallet popular di kalangan rakyat Sarawak sejak beroperasi pada November 2017. 


Sehingga 5 Januari tahun ini, 190,400 pengguna dan 11,600 peniaga telah menggunakan aplikasi itu dan telah menjana nilai transaksi keseluruhan sebanyak RM175 juta melalui 3.6 juta transaksi.



Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacukan ekonomi Sarawak melalui inisiatif ekonomi digital, serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak. 


Sarawak Pay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah.


Antara servis yang dinikmati oleh pengguna sedia ada Sarawak Pay termasuk menyimpan wang tunai anda secara digital; menambah nilai melalui perbankan dalam talian; dan memindahkan dana.


Sarawak Pay juga dilengkapi dengan ganjaran tunai, di mana anda boleh mendapatkan ganjaran tunai segera dengan mengoncangkan telefon anda atau mengetik butang "Shake for Reward" pada aplikasi selepas membuat pembayaran.


Pada asasnya, anda boleh membeli barangan, menyelesaikan bil utiliti dan majlis bandaraya anda melalui telefon bimbit anda bila-bila masa tidak kira dimana anda berada dengan Sarawak Pay. Apa yang perlu anda lakukan ialah imbas dan bayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan Sarawak Pay atau pada bil anda. Nilai ganjaran tunai boleh digunakan untuk membayar bil anda dengan serta-merta melalui Sarawak Pay. Ini adalah ciri yang menarik dari e-Wallet.


Anda boleh mendaftar bil anda dalam senarai langganan bil pada aplikasi Sarawak Pay dan mengesan pembayaran bil melalui ‘My Subscribed bill’. Selagi anda berbelanja dengan Sarawak Pay, anda boleh mendapatkan ganjaran tunai daripada setiap transaksi pembayaran.


Dengan menggunakan Sarawak Pay, anda boleh menggunakan nilai ganjaran kerana ia tidak mempunyai tarikh luput. Ini berbeza dengan program e-Tunai sebanyak RM30. Sarawak Pay juga memastikan rakyat dan ekonomi tempatan mendapat faedah secara berterusan.

Sementara itu, peniaga yang menggunakan Sarawak Pay sebagai kaedah pembayaran boleh menerima dan mendapatkan maklumat tentang jumlah pembayaran yang tepat dari pelanggan dengan mudah dan cekap.


Mereka juga boleh menghapuskan kos yang ditanggung daripada mengendalikan wang tunai, kad dan pembayaran cek; memastikan keselamatan kewangan mereka dengan pembayaran pelanggan yang dipindahkan terus ke akaun bank mereka; dan mendapat iklan melalui saluran pemasaran Sarawak Pay.


Sarawak Pay memudahkan proses menerima dan membuat bayaran untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar. Untuk memastikan penyertaan dari penduduk luar bandar, Sarawak Pay dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (agen-agen yang diberi kuasa BSN) di tempat-tempat tiada akses kemudahan perbankan seperti mesin juruwang automatik (ATM).


Perkhidmatan seperti ini memberi kelebihan kepada pengguna dan peniaga dari luar bandar dan bandar untuk mengambil bahagian dalam penggunaan pembayaran digital, dengan itu meningkatkan daya saing mereka untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital dunia.


Jadi jika anda belum menggunakan Sarawak Pay, anda boleh memuat turunnya di Google Play atau App Store.