Sarawak Multimedia Authority (SMA) berperanan sebagai penggerak digital ekonomi sentiasa menyokong inisiatif digital daripada rakyat Sarawak. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), SMA melalui Unit Digital Village, telah menyatukan komuniti pembuat di Sarawak untuk memenuhi niat mereka dalam membantu petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.

 

 

Komuniti pembuat sedang berkerjasama membuat pelindung muka menggunakan Pencetak 3D dan pemotong laser. Alat pelindung diri atau Personal Protective Equipment (PPE) seperti pelindung muka adalah penting untuk melindungi petugas barisan hadapan dan sebagai langkah untuk mematuhi protokol perlindungan dari sebarang jangkitan.

 

Komuniti pembuat ini terdiri daripada pelbagai organisasi seperti Startups, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Social Enterprise (SE), Pendidik STEM, Badan bukan Kerajaan (NGOs) dan individu dari seluruh Sarawak. Dengan kekuatan lebih daripada serratus (100) sukarelawan membuat PPE di rumah mereka sendiri, mereka menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 10,000 unit PPE dalam jangka masa terdekat. Disamping itu, komuniti pembuat juga dalam usaha untuk menghasilkan alat bantuan pengaliran udara dan kotak perlindungan intubasi untuk anestetik. Selain itu, mereka juga mengumpul sumbangan untuk membekalkan petugas barisan hadapan dengan sarung tangan, topeng N95 dan termos.

 

 

"Sebagai pemain utama dalam ekosistem Ekonomi Digital, SMA bangga melihat semangat sukarelawan di kalangan masyarakat dalam membantu menangani krisis ini. Mereka berupaya melaksanakan inisiatif ini dengan menggunakan teknologi bagi membantu petugas barisan hadapan menghadapi COVID19. Usaha-usaha ini membuktikan betapa pentingnya akses kepada teknologi digital dan pendidikan, seterusnya dapat membantu masyarakat dan negara secara keseluruhan. " kata Dr Zaidi Razak, Pengurus Besar, Sarawak Multimedia Authority.

 

Untuk berhubung dan menyumbang kepada komuniti, sila hubungi Kenneth dari The Learning Curve di 017 808 8700.