Kenyataan Media


SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (MCMC) SARAWAK KEMAS KINI PELAN JARINGAN DIGITAL NEGARA (JENDELA) KEPADA LEMBAGA MULTIMEDIA SARAWAK (SMA)



RAKAM KENANGAN … Kelihatan Dr. Zaidi Razak (dua dari kiri) merakam kenangan bersama-sama Adiman (dua dari kanan) dan Scott (kanan sekali) pada kunjungan ke SMA hari ini.

 

KUCHING, 23 November 2021 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Adiman Ajem hari ini mengadakan kunjugan terhadap Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

 

Sehubungan itu, satu taklimat diadakan yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar SMA, Dr. Zaidi Razak untuk mengetahui perkembangan terkini projek dibawah insiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak.

 

Menurut Dr Zaidi, wakil rakyat di kawasan luar bandar perlu menjalin Kerjasama dengan SMA untuk mengemaskini kemudahan komunikasi di kawasan masing-masing.

 

“Wakil rakyat perlu memohon atau memberitahu kita mengenai situasi rangkaian komunikasi di kawasan mereka supaya SMA sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dapat menyediakan perkhidmatan terbabit kepada komuniti,” katanya.

 

Sementara itu, Adiman memberitahu, sebanyak 130 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang sedia ada di Sarawak dengan 74 dibawah Telekom Malaysia (TM), 52 (Maxis) dan 4 (Celcom).

 

Tiga tambahan PEDi turut diambil alih oleh TM iaitu PEDi Kampung Tellian, Mukah, PEDi Nanga Ngungun, Kanowit dan PEDi Kampung Peninjau Baru, Bau.

 

Dalam pada itu, MCMC Sarawak sedang aktif membina 636 menara telekomunikasi yang siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2022.

 

Hadir bersama Pengarah (Pembangunan) MCMC Sarawak Scott Kueh Sui Yek.