KUCHING, 8 JUNE 2022 - Sekitar 30 peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menyertai Ceramah Bandar Pintar anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) pada Rabu.


Program bertempat di Pusat Inovasi Warisan Kreatif SMA (CHIC) Kuching itu telah diadakan bersempena dengan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022.


Ia menampilkan tiga penceramah iaitu Pemangku Setiausaha Majlis Bandaraya Miri, Abdul Rahman Taupek, Pengarah Internet of Things (IoT) Solutions and Services, SAINS Sdn. Bhd, Allen Liew Than Ho dan wakil daripada Huawei Malaysia, Nicholas Yong Choon Seng. 


Antara Pengisian Program yang berlangsung kira-kira empat jam itu adalah pelaksanaan pembangunan bandar pintar di Kuching dan Miri (PCDS) 2030 yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar serta Matlamat Pembangunan Lestari (sdg) kerajaan Negeri dalam era digital.


Sumber: Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)