KUCHING: Perladangan pintar penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) moden dalam bidang pertanian mempunyai potensi yang nyata untuk menghasilkan pengeluaran pertanian yang lebih produktif dan cekap sumber, selaras dengan visi membangunkan Sarawak sebagai ‘food basket’.


Justeru itu, rancangan radio Randau Digital Sarawak anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak membawa topik “Usaha penjenamaan semula bidang perladangan kepada ‘Smart Farming'” yang bersiaran langsung pada hari Rabu (25 Sept) bersama dengan wakil-wakil dari SMA.


“Melalui kaedah pertanian pintar, banyak kelebihan yang boleh didapati, antaranya penjimatan tenaga di mana petani hari ini boleh menguruskan ladang atau tanaman, pembajaan dan penyiraman boleh dibuat dengan hanya menekan butang pada telefon pintar mereka selain tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai serta mampu menjimatkan kos pengeluaran bagi baja dan juga masa,” kata Carolineson Nosin pegawai tadbir SMA dari unit Digital Economy Policy, Planning & Monitoring ketika ditemubual.


Carolineson Nosin, pegawai tadbir SMA menerangkan berkenaan dengan topik perladangan pintar ditemani oleh Cyril Klen Rogos yang merupakan pelatih SMA.


Carolineson Nosin, pegawai tadbir SMA menerangkan berkenaan dengan topik perladangan pintar ditemani oleh Cyril Klen Rogos yang merupakan pelatih SMA.


Menurut Carolineson, SMA memandang serius kemajuan bidang pertanian ini agar dapat meningkatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan selain mampu memajukan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman dan menjana pendapatan para petani ke arah yang lebih baik, serta melahirkan tenaga mahir dalam bidang pertanian yang lebih berdaya saing.


“Setakat ini SMA sedang mengumpul data berkenaan dengan kesesuaian bidang pertanian pintar ini dengan jenis tanaman yang ada. Data ini akan dijadikan panduan kepada para petani untuk menjalankan kegiatan pertanian mereka dengan khidmat nasihat dari pihak berwajib,” kata Carolineson.


Di samping itu, pertanian pintar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi, Kuching sedang giat dilaksanakan.“Sekiranya projek TKPM Rampangi ini berjaya, ia diharapkan stesen-stesen pertanian lain akan dibangunkan di Sarawak,” tambah Carolineson.


Bagi petani-petani yang berminat, Carolineson mengemukakan bahawa terdapat banyak program moden yang diketengahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak antaranya, skim sistem tagang yang menggunakan sungai asli. Di samping menghasilkan pendapatan kepada para petani, skim sistem tagang ini juga dapat membentuk ekopelancongan yang mampu menarik pelancong dan sijil kepada pengeluaran sayur-sayuran mengikut gred bagi menjaga kualiti kepada orang ramai.


Teresa ak Billy Bayang, pengarah Positive Mind Sdn Bhd dan konsultan bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi Kuching ditemubual menerusi rancangan bahasa Iban dalam topik yang sama.


Teresa ak Billy Bayang, pengarah Positive Mind Sdn Bhd dan konsultan bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi Kuching ditemubual menerusi rancangan bahasa Iban dalam topik yang sama.


Sungguhpun begitu, petani yang berada di luar bandar diseru untuk mempelajari kaedah baru ini agar pengetahuan mereka menerusi bidang digital ini seiring dengan apa yang disediakan di bandar. Melalui perancangan memperkukuhkan capaian internet di luar bandar diharap dapat merancakkan lagi usaha para petani ini untuk merebut peluang mendigital pertanian hari ini.


Selain itu, beliau juga berharap agar data-data yang dikumpul boleh menjadi panduan kepada pihak-pihak yang relevan untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada para petani seluruh Sarawak. Randau Digital Sarawak anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak musim kedua telah melabuhkan tirainya semalam melalui episode keenam yang membicarakan “Usaha Penjenamaan semula bidang perladangan kepada ‘Smart Farming’”.


Secara keseluruhannya, program radio ini sudah menyentuh topik-topik ekonomi digital seperti, Digital Innovation Hub (DIH) , Old Kuching Smart Heritage (OKSHe), People Accessible Network for Digital Empowerment and Inclusivity’ ( PANDei), memperkasakan e-pelancongan, dan memperkembangkan bidang ‘Research and Development’ di Sarawak.


Source: www.azam.org.my